Assalamualaikum dan haiii semua..
Hari ni saya nak kongsikan sikit resepi nasi goreng sardin yang sesuai untuk student yang duduk di rumah sewa tapi malas nak masak. So, kita bagi resepi yang memang kaki pemalas je suka buat hahahahaha..
Bahan Bahan
1) Sardin tin kecil (hancurkan ikan)
2) Bawang merah 2 ulas (dicincang)
3) Bawang putih 3 ulas (dicincang)
4) Minyak masak (ikut citarasa)
5) Cili padi 5 biji
6) Garam gula secukup rasa
7) Nasi putih (dua orang makan)
Cara memasak
1) Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang.
2) Setelah naik bau, letakkan cili dan teruskan masukkan ikan sardin yang telah dihancurkan. Kacau dan tambah garam dan gula. Boleh tambah air sikit kalau terlalu kering.
3) Selepas itu, masukkan nasi putih. Kacau hingga rata. Kalau ada carrot atau kubis boleh letak.
4) Then, bila semuanya sudah masak dan rata, bolehlah kita menjamu selera. hahahaha
Tu resepi paling senang kalau student yang memang malas nak pikir nak masak apa bila lapar. Aku pun suka masak resepi tu bila habis kelas sebab malas gila nak singgah kafe. Sebelum aku duduk kat rumah sewa, pernah je aku masak nasi goreng dalam periuk nasi hahahaha sebab tu je cara nak jimat duit, makanan kat kafe mahal ðŸ˜. hahaha
okay tu je, assalamualaikum dan terima kasih
No comments:
Post a Comment