Assalamualaikum dan haiii semua...
Hari ni saya nak kongsikan sikit cara cara buat duit sebagai seorang pelajar (sesuai dengan hidup student yang belambak assignment hahaha). Banyak cara, diantaranya ialah :
1) Menjadi dropship
- student biasanya suka jadi dropship baju/blouse, tudung bawal/shawl, iron starch, gadget, beg sebab semua tu memang favourite students (perempuan). Maklumlah semua nak melawa sekarang kan hehehe. Memang tak rugi sebab kita hanya promote sahaja dan biasanya kita takkan pegang stok (ini yang seronok huhu).
2) Buat service printing
- Biasanya pelajar yang buat service ni akan guna printer yang menggunakan dakwat printer yang paling murah, contohnya printer Hp. Jimat dan untung lebih, disamping tu sekali sekala buatlah promosi contohnya offer 20% ke 10% pada waktu students tengah kelam kabut nak print FYP/assignment/project.
3) Buat service Topup
- Yang ini paling senang tapi paling ciput la keuntungannya berbanding yang lain hihihihi. Saya pun buat service topup, memang untung nak mati sebab setiap jam mesti ada yang nak topup. Kadang kadang pukul 1 pagi pun ada yang nak topup, untung sbb tengah baring pun boleh buat duit walaupun hanya untung 10 sen hingga rm1 lebih setiap topup (bergantung kepada nilai topup). cara nak promote, guna whatsapp (sent group2 kelas), tampal announc di pintu bilik, area tangga dan jalan menuju ke tandas.
4) Buat perkhidmatan penghantaran
- Contohnya, pergi ke stesen bas, mall, kelas dan sebagainya. Cara ni paling banyak untung tapi kena bijak lah, contoh nya buat limit sekali penghantaran sekurang kurang nya 3 orang. Maklumlah minyak kan dah naik, hihihi. Paling penting, buat service yang paling murah berbanding grab car/uber/teksi/rakan-rakan yang buat service yang sama.
5) Jual meja kecil
- Selalu nya pelajar baru tidak bawa meja kecil dari rumah sebab tidak tahu akan kepentingan nya di dalam bilik. Contoh kepentingan nya ialah ( hahahahaha), untuk makan, untuk tengok movie, untuk study beramai ramai dan sebagainya. Tipu lah kalau semua benda kita buat atas meja study, saya rasa tak (saya duduk sejam pon dah lenguh). Meja kecil yang saya maksudkan ni, boleh dilipat, ala ala meja jepun kecil dan boleh bawa ke mana sahaja (mungkin ke bilik kawan).
6) Buat service baiki laptop
- Kalau ada kemahiran, guna kan saja. Jika ada pengetahuan tentang gadget dan electronik memang beruntung sebab student IPTA/IPTS takkan pernah dapat hidup tanpa nya😌.
7) Buat service menjahit
- Mungkin anda boleh buat service ni waktu hujung minggu. Kemahiran menjahit takkan ada pada semua orang, jadi ambil lah peluang ni, terutamanya kepada lelaki. Kalau lelaki buat service ni kepada kawan kawan lelaki mungkin akan kaya raya cuma perlukan kerajinan dan jugak kemahiran.
Sekian itu saja dari saya, maaf terkurang atau terlebih. Assalamualaikum
p/s : terpaksa guna bahasa rojak supaya student lebih paham hihihihihi. Maklumlah students moden, bantai je campur pun hahahaha
No comments:
Post a Comment